Malaysian Journal of Mathematical Sciences, January 2015, Vol. 9, No. 1


Analisis Keperluan Tenaga Manusia dalam Industri Pelancongan di Malaysia

Norlida Hanim Mohd Salleh, Poo Bee Tin, Nor Ain Mokhtar dan Redzuan Othman

Corresponding Email: norlidahanim@gmail.com

Received date: -
Accepted date: -

Abstract:
Malaysia mengunjurkan sektor pelancongan mengalami peningkatan yang memberangsangkan kesan daripada kedatangan pelancong yang lebih tinggi dari negara berpendapatan tinggi pada tahun 2011. Seiring dengan itu, permintaan guna tenaga khususnya dalam subsektor tersebut dijangka turut meningkat. Berdasarkan Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan telah mensasarkan Malaysia menjadi 10 negara teratas dari segi perolehan pendapatan dari sektor pelancongan global di samping menjana 2 juta pekerjaan kepada rakyat Malaysia menjelang tahun 2015. Kertas ini membuat kajian tentang unjuran keperluan tenaga manusia dalam industri pelancongan di Malaysia bagi memberi gambaran awal keperluan tenaga manusia dalam sektor pelancongan mengikut sektor pada tahun 2015. Kaedah yang digunakan adalah kaedah Input-Output. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling tepat digunakan untuk meramal keperluan tenaga manusia kerana unjuran yang dilakukan meliputi keseluruhan sektor yang telibat dalam ekonomi. Keperluan tenaga buruh yang diunjurkan terbahagi kepada tiga senario. Senario tersebut menunjukkan hubungan antara buruh, output dan pertumbuhan ekonomi pada tahap tertentu. Pertumbuhan ekonomi diandaikan: i) rendah iaitu 3.8%, ii) stabil iaitu 5.8% dan iii) tinggi 7.% Hasil kajian mendapati bahawa sektor pelancongan yang meliputi subsektor hotel, restoran, pengangkutan, hiburan dan rekreasi serta perdagangan runcit mengalami peningkatan yang memberangsangkan pada tahun 2015. Subsektor hotel dan restoran serta perdagangan runcit merupakan subsektor yang menjadi penyumbang terbesar keperluan tenaga manusia pada tahun 2015.

Keywords: Input-Output, Pelancongan,Unjuran, Tenaga Manusia

  



Indexing



















SCImago Journal & Country Rank

Flag Counter